Assalamualaikum dan salam 1Malaysia..
memandangkan ni entry pertama saya di blog ini..
saya rasa saya harus nyatakan mengapa saya wujudkan blog ini..
blog ini saya ingin gunakan untuk bercerita mengenai Malaysia,kelebihan Malaysia dan lain-lain lagi..
jadi saya ingin berbicara mengenai KITA..
apa yang dimaksudkan dengan tajuk post di atas??
kita sebagai rakyat Malaysia..
kita sebagai rakyat yang berbilang kaum dan pelbagai etnik..
kita seharusnya rasa bangga kerana dilahirkan di Malaysia yang bebas dari penjajah..
lihat saja Pakistan,rakyatnya menjadi pelarian di dalam negaranya sendiri..
jadi atas sebab apa kita mahu mengagung-agungkan budaya luar seperti sinetron indonesia,k-pop dan lain-lain..
mungkin ramai lagi masyarakat di malaysia merasakan bahawa malaysia masih lagi ketinggalan jauh dari segi arus pemodenan atau pun dari aspek industri hiburan yang sukar untuk berkembang..
namun hal ini menunjuk bahawa kita masih lagi terpengaruh atau terlalu ingin mengikut budaya budaya luar yang mungkin boleh membawa kesan negatif kepada generasi akan datang..
maka,saya disini ingin mengubah persepsi tersebut..
No comments:
Post a Comment