Followers

Thursday, 6 December 2012

5 greatest things in Malaysia



Gunung Kinabalu
Gunung Kinabalu merupakan gunung tertinggi di Asia Tenggara.Gunung ini terletak di Taman Negara di negeri Sabah di bawah bayu..Taman negara tersebut dipenuhi dengan spesis2 tumbuh-tumbuhan seperti pokok periuk kera,orkid liar dan macam macam lagi..Puncak gunung ini boleh ditawan dengan kekuatan fizikal dan mental yang kental tanpa menggunakan peralatan mendaki yang lengkap.



STADIUM MERDEKA
Stadium Merdeka terletak di Kuala Lumpur.Stadium ini adalah tempat pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 ogos 1957.Stadium ini juga tempat kelahiran Persekutuan Malaysia dan juga merupakan tempat berlangsungnya pelbagai peristiwa penting Malaysia.Pada bulan Februari 2003,Stadium Merdeka telah diwartakan sebagai salah satu daripada bangunan warisan sejarah negara.




KOTA A'FAMOSA
Peninggalan Penaklukan Portugis Kota A Famosa ialah landmark negeri Melaka. Kubu yang dibina oleh kerajaan Portugis pada 1511 ini kononnya kebal menahan serangan pihak lawan yang datang dari arah laut. Namun kubu ini musnah akibat serangan bertalu-talu dari pihak Belanda tetapi bahagian depan Kubu ini masih kukuh tersergam sehingga ke hari ini. Kubu A’Famosa dibina daripada blok-blok batu merah yang tidak seragam bentuknya dan di hadapan kubu ini terdapat sebilah meriam besi yang digunakan pengunjung untuk bergambar sakan.






MENARA KUALA LUMPUR

Mercu tanda bandaraya Kuala Lumpur adalah Menara Kuala Lumpur atau lebih dikenali sebagai Menara KL. Siap di bina pada tahun 1995 menjadikan menara berketinggian 421 m ini digunakan sebagai pusat telekomunikasi selain daya tarikan pelancong  menerusi keunikan restoran berputarnya dan keindahan panorama Kuala Lumpur di puncaknya.
















MENARA BERKEMBAR PETRONAS


Menara ini terletak di Kuala Lumpur.Menara ini merupakan menara tertinggi di Malaysia.Menara Berkembar Petronas (KLCC) pernah menjadi bangunan tertinggi dunia sebelum diatasi oleh Taiwan menerusi Menara Taipei 101 yang memiliki 101 tingkat. Dengan ketinggian 452 m, KLCC masih lagi diiktiraf sebagai menara berkembar tertinggi di dunia dan memiliki 88 tingkat yang siap sepenuhnya pada tahun 1998.


















*Actualy..post ni sambungan daripada post  school break(part1)..
so kirenye yg ni post school break part2 la..
sebab tempat2 tersebut merupakan tempat pelancongan..
and scare tidak langsung merupakan  tempat menarik di Malaysia..
ok..sekian saje utk hari ni..
assalamualaikum..

2 comments:

  1. UKM pun merupakan tempat menarik untuk dikunjungi di Malaysia... :D

    ReplyDelete
  2. err..ok..menarik sgt..hehe..

    ReplyDelete